Oleh
itu, perlaksanaan syariat Islam adalah sebahagian daripada asas keimanan dan
tuntutan tauhid. Justeru setiap perbuatan manusia diberikan pembalasan baik dan
buruk, sesuai dengan tahap-tahap pembalasan yang telah dijelaskan dalam
al-Quran dan hadis.
Keimanan
kepada Allah adalah asas utama akidah Islam. Percaya adanya Allah dan
kekuasan-Nya menjadi teras untuk manusia mengikuti syariah agama. Mana mungkin
seseorang itu mematuhi sesuatu peraturan yang ditetapkan, sedangkan dia tidak
mengenali dan tahu yang berkuasa menetapkan peraturan itu.
Sesungguhnya,
bagi manusia berfikiran waras tidak sukar untuk menerima kewujudan dan kekuasan
Allah. Perhatikan alam semesta itu yang cukup kompleks penciptaannya. Semua ini
tentu dicipta oleh Maha Berkuasa, termasuklah mencipta manusia.
Firman
Allah dalam surah Ibrahim ayat 10 bermaksud: "Patukkah berlaku sebarang
syak tentang wujudnya Allah, Tuhan yang mencipta langit dan bumi."
Bumi
dan seluruh isinya telah berusia berjuta-juta tahun. Namun, sistem peredaran
dan aktiviti alam berjalan dengan teratur. Hal ini membuktikan ia hanya
ditadbir dan diuruskan oleh satu kuasa tanpa berkongsi. Tiada pihak lain perlu
diambil pandangan atau bantuan untuk menguruskan perjalanan dunia ini.
Perkara
ini dijelaskan melalui firman yang bermaksud: "Kalau ada di langit dan di
bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran
kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah yang menegaskan: Maha Suci
Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy dari apa yang mereka sifatkan," - (Surah
al-Anbia, ayat 22)
Berdasarkan
dalil al-Quran, hadis dan akal lojik, tiada syak lagi di sebalik penciptaan
alam semesta ini adanya Maha Pencipta iaitu Allah. Sebagai penguasa, Allah
berhak menentukan apa yang perlu dilakukan oleh hamba-Nya. Satu-satunya syariat
yang diterima di sisi Allah adalah Islam. Sesiapa yang memilih selain Islam
sebagai cara hidup, maka dia ingkar pada perintah Maha Berkuasa.
Pengakuan
mengesakan Allah dilaksanakan melalui konsep keimanan dan konsep ketaatan.
Konsep keimanan
kepada Allah.
Pengertian
iman menurut istilah syarak ialah 'pengakuan dengan lidah, membenarkan
pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota. Keimanan itu diasaskan atas keyakinan yang
kukuh terhadap enam rukun iman iaitu beriman kepada Allah, malaikat, kitab,
rasul, hari akhirat dan beriman kepada qadak dan qadar.
Semua
rukun iman itu mesti diyakini dengan teguh dalam erti kata yang sebenar. Kita
tidak boleh menerima separuh-separuh saja dan membuang yang lain. Jika kita
tidak mempercayai mana-mana Rukun Iman, bermakna keimanan kepada Allah tidak
sempurna. Contohnya, ada orang hanya percaya kepada Allah, tetapi tidak percaya
kepada kitab. Hal itu berlaku disebabkan mereka tidak faham sepenuhnya mengenai
gagasan rukun Iman yang perlu dirangkumi kesemuanya.
Banyak
orang mengaku beriman, tetapi dari segi tingkahlakunya tidak melambangkan
seperti apa yang diucapkannya. Keadaan ini terjadi disebabkan tahap keimanan
yang belum kuat sepenuhnya.
Apa
yang dilakukan oleh manusia sepenuhnya terpulang baik dan buruknya terdiri
sendiri. Allah tidak mendapat apa-apa keuntungan atau kerugian atas apa yang
dilakukan oleh manusia. Ini kerana Allah tidak memerlukan apa-apa pertolongan
daripada manusia. Sebaliknya, manusialah yang memerlukan pertolongan
Allah.
Firman
Allah bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka kebaikan akan
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan, bahaya
akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim
kepada hamba-Nya." (Surah Fussilat, ayat 46)
Konsep ketaatan
kepada Allah.
Konsep
iman tidak hanya di mulut. Sebaliknya untuk menyempurnakannya memerlukan kepada perlaksanaan apa yang
ditetapkan oleh syariat. Orang beriman mempunyai akidah yang kukuh pasti
mentaati segala perintah Allah dengan ikhlas dan sebaik mungkin.
Tidak
dinafikan bahawa manusia tidak sunyi daripada melakukan perkara dosa. Ini tidak pula manusia tidak berpeluang
menubus kembali kesilapan itu. Allah
Maha Pengampun dan Maha Penyayang memberi peluang untuk sesiapa yang sedar
kesilapan yang telah dilakukan agar bertaubat.
Taubat
ialah penyesalan yang sungguh-sungguh dan bertekad tidak mengulangi dosa
tersebut. Mereka yang bertaubat menyatakan ikrar akan taat kepada perintah
Allah.
Sebaliknya,
mereka yang terus hanya melakukan dosa menyebabkan hidup semakin jauh dari
rahmat Allah. Pelaku dosa tidak patut menyangka bahawa mereka akan terlepas
daripada azab Allah di akhirat nanti, biarpun mungkin mereka terlepas
pembalasan di dunia ini.
Firman
Allah dalam surah al-Ankabut , ayat 4 yang bermaksud: "Bahkan patutkan
orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas daripada
azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu."
Sangkaan
bahawa dosa yang dilakukan tidak memberi apa-apa kesan atau pembalasan
sebenarnya tidak munasabah pada akal waras, jauh sama sekali daripada prinsip
keadilan, apatah lagi menepati syariat Islam yang mana menetapkan setiap
perbuatan manusia di dunia ini akan mendapat pembalasan, biarpun sekecil mana
kebaikan atau keburukan yang dilakukan.
Justeru
itu, Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama
dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Dengan ini, barulah individu Muslim mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah
sebagai hamba-Nya yang bertakwa.
Allah
berfirman yang bermaksud: "Dengan yang demikian, berpegang teguhlah kamu
kepada al-Quran yang diwahyukan kepada kamu kerana sesungguhnya kamu berada di
atas jalan yang lurus." (Surah al-Zukhruf, ayat 43)
Maka
jelas, orang yang beriman tidak ada pilihan melainkan taat dalam melakukan
syariat jika dia ingin kembali di sisi Allah di akhirat kelam dalam keadaan
yang diredai.
Firman
Allah bermaksud: “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati
dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredai di sisi Tuhanmu.” (Surah
al-Fajr, ayat 28).
No comments:
Post a Comment