Saturday 25 September 2021

HIKING BUKIT KWONG RANTAU PANJANG

 
Sekarang ini aktiviti luar berupa kembara berjalan kaki (hiking) semakin mendapat sambutan. Banyak kawasan bukit baharu diteroka sebagai lokasi hiking.

Salah satu lokasi baharu hiking di Kelantan ialah Bukit Kwong Bukit Kwong  terletak di Rantai Panjang, Kelantan.

Lokasi Bukit Kwong berhampiran dengan sempadan Malaysia – Thailand. Sempadan negara hanya kira-kira 2 km sahaja dari Bukit Kwong. Kawasan yang berdekatan di kawasan Thailand ialah Waeng.

Kawasan Bukit Kwong dilihat mempunyai potensi yang cukup besar untuk dijadikan destinasi hiking kerana ia menjanjikan suasana pendakian mencabar kepada peminat sukan berkenaan.

Bukan itu sahaja, kawasan Bukit Kwong yang masih belum terusik menjanjikan ketenangan dan kesegaran sekali gus mampu meredakan tekanan setelah penat bekerja.

Kawasan Bukit Kwong menjanjikan pemandangan yang indah dan menjadi satu kerugian seandainya kawasan itu tidak dimajukan.

Dengan ketinggian hanya 286 meter ianya amat sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment