Thursday 26 January 2023

KEBAIKAN CUKA NIRA NIPAH

 
Cuka nipah diperbuat daripada air nira nipah yang diperam selama 44 hari. Cuka nipah ini dikatakan amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Cuka atau dalam bahasa Arab di sebut “khal” mempunyai khasiat pemakanan yang baik dalam mengimbangi diet pemakanan sihat.
 
Cuka mempunyai sejarah amalan penggunaan yang unik. Cuka juga merupakan minuman kesihatan yang benar-benar tulen.
 
Apa sahaja minuman beralkohol, jika dibiarkan terdedah kepada udara secukupnya akan bertukar kembali secara semula jadi menjadi cuka. Bakteria terkawal sedia ada dalam udara memungkinkan proses ini berlaku, menukarkan apa sahaja cairan buah-buahan menjadi asid asetat seterusnya menjadi cuka.
 
Proses ini  memberikan khal rasa masam tajam. Jadi adalah tepat dikatakan manusia telah mengenali cuka semenjak sebelum sejarah cuka dan arak mula-mula ditulis dan dicatat pengkaji.
 
Nabi Muhammad SAW menggalakkan agar mengamalkan meminum khal untuk kebaikkan kesihatan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: ”Sebaik-baik hidangan makanan ialah khal. Ya Allah berkatilah pada khal, sesungguhnya khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
 
Khasiat cuka nipah
- Boleh mengubati kencing manis
- Menurunkan tekanan darah tinggi
- Memecah batu karang
- Menurunkan kolestrol dan mengubati sakit jantung
- Melegakan sakit gout
- Mengubati penyakit migrain
- Mencegah obesiti
- Buasir
- Masalah usus
- Sembelit
- Membuang toksik dalam badan
- Menstabilkan kepanasan badan
- Penjagaan kulit dan kecantikan badan semula jadi
 
Cuka sesuai dicampur dalam masakan atau diambil secara terus sebanyak satu sudu besar setiap hari bersama air suam.

No comments:

Post a Comment