Sunday 22 January 2023

SEJARAH PENGGUNAAN SABUN

 
Sabun adalah suatu ciptaan yang sangat hebat yang sudah wujud sejak berkurun lamanya. Kewujudannya dipercayai bermula sekitar 2800 Sebelum Masihi lagi dalam ketamadunan Babilon. Ia dihasilkan dengan lemak yang direbus bersama abu. Sabun pada masa itu digunakan untuk membersihkan bulu binatang.
 
Manakala dalam tamadun Mesir Purba, masyarakat Mesir sudah mengamalkan mandi dengan menggunakan sabun.
 
Malah ‘Ebers papyrus’, sebuah manuskrip perubatan daripada tahun 1500 (SM) menjelaskan bagaimana sabun dibuat, iaitu dengan mencampurkan minyak daripada haiwan dan tumbuhan dengan garam alkali bagi menghasilkan bahan berbentuk sabun yang digunakan untuk merawat penyakit kulit dan juga untuk kerja-kerja mencuci. Ia seterusnya berkembang juga dalam tamadun Rom.
 
Sungguhpun ‘bath house’ atau rumah mandi terbuka sudah lama wujud dalam Tamadun Rom Purba, namun sabun dilaporkan tidak ditemukan pada masa itu. Malah Ratu Cleopatra hanya menggunakan minyak pati dan pasir putih yang halus untuk mandi dan pembersihan.
 
Sabun dengan aroma yang wangi dicipta di Timur Tengah ketika zaman kegemilangan Islam.
 
Ajaran Islam yang menekankan tentang penyucian dan kebersihan juga membuatkan ia mendapat sambutan. Sejak abad ke-7 Masihi, umat Islam telah mengembangkan sebuah gaya hidup higienis yang mutakhir. 

Kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Iraq), dan Basrah (Iraq) telah menjadi pusat industri sabun.
 
Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Islam. Sabun yang terbuat dari minyak sayuran seperti minyak zaitun serta minyak aroma.
 
Salah seorang sarjana Islam yang telah menciptakan formula sabun adalah Al-Razikimiawan berasal dari Persia. Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah.

Sabun yang dibuat umat Islam pada zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi.

Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun basuh tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut.
 
Resepi pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia Sepanyol Islam bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi atau juga dikenali Abulcassis (936-1013 M).
 
Ia menjadi satu industri yang berkembang pesat pada waktu itu. Contohnya pada abad ke-12, Fez yang merupakan sebuah bandar di Morocco sudah mempunyai 27 kilang sabun.
 
Kewujudan banyak rumah mandian semasa zaman Turki Uthmaniyyah juga menjadikan sabun banyak digunakan malah ia mempunya bekas tempat letak yang khusus di bilik-bilik mandian.
 
Di Syria, sabun dihasilkan dengan menggunakan minyak zaitun, alkali dan juga limau. Ia seterusnya dieksport ke negara Islam yang lain dan juga Eropah. Terdapat juga teks dalam bahasa Arab pada abad ke-13 yang menceritakan secara terperinci resepi untuk membuat sabun. Teks ini dipercayai dikumpul oleh Raja Yaman iatu Raja Al-Muzaffar Yusuf Ibn Umar.
 
Bangsa Inggeris mula menghasilkan sabun pada abad ke-12 seterusnya semakin berkembang menjelang abad ke-16. Walau bagaimanapun ia berevolusi sebagai bahan yang banyak dimiliki oleh golongan yang kaya sahaja. Manakala pada abad ke-19, sabun dicukaikan sebagai barang yang berharga dan mewah di beberapa negara.

No comments:

Post a Comment